Monday, 14 November 2011

You and I


Who is dis cool guy?

x kan x tahu? (missAra pun baru je kenal brother ni)


ha...klik dan dengar lah dulu... kalau yg dah dengar mesti tahu siapakah jejaka smart di atas ni. Yang tak klik, kena lah klik kalau nak tahu. Tak boleh? Asal pulak? O... internet slow ek? Ok la... x pe. Meh sini dengar missaAra bercerita tentang dye.... 

Inilah IRFAN MAKKI !.... dalam otak korang mesti cakap - sapa plak Makki ni ? kalau kau sebut Michael Jackson ka, Kim Hyun Joong ka, aq kenal la...

HA... tu lah masalah budak2 sekarang. Apa kata kita kenal abang2 yang menyanyikan imej islamik sikit lepas tu baru kita move on untuk kenal ulamak2... free2 je pahala masuk tau.. daripada duk khusyuk hafal member2 boy band Korea tu... kira ok lagi hafal muka dengan nama. Ada pulak yang khusyuk hafal lirik lagu dye... hantam je lah sebut asalkan bunyi macam sama. Lepas tu bangga lah kat kengkawan kalau berjaya hafal.. ish3 #gelengkepala ...

Korang sedar tak yang korang tengah promote benda2 yang lagha, perkara2 yang Allah larang tapi kita sebagai hamba ni pi sibuk buat promosi.... Ikuti dialog dalam facebook di bawah :

kawan : Ara, ada cer baru ni... Comel gila weyh!

missAra angkat kening dengan muka bosan...

missAra : hhmmm, cite pe?

kawan : kau google Heartstrings cepat....

missAra kerut dahi tapi demi melayan karenah kawan dye pun google je lah... H.E.A.R.T.S.T.R.I.N.G.S. Enter

missAra terus senyum sorang2 bila tengok gerangan pelakon2...

missAra : Weyh! Comel gila la! Sesuai sangat buat laki!

missAra bersemangat...

kawan : Ha kan betul aku cakap. Comel kan? Aku dah khatam cite ni dalam masa sehari je weyh!

missAra : Gila betul!


Ha... memang gila kan? Tapi ni story betul tau... sanggup tu habiskan cerita Korea sebab nampak jantan comel. Tapi kalau suruh khatam cerita bercorakkan islamik. Dalam sehari, mungkin tak sampai satu pasrt daripada episod je yang dapat habiskan, tu pun dengan feel bosan plus mata kuyu plus menguap setiap lima  saat...

berdasarkan dialog tu... yang kawan memang free2 dapat dosa berganda sebab dah lah tengok cite yg lagha... lepas tu, suruh kawan pi tengok sekali... memang kalau missAra ni kena tarik masuk neraka dye akan tarik jugak si kawan ni sebab kawan ni yang promote... INGAT! kalau dekat akhirat nanti, pelbagai perasaan mungkin ade... akan timbul perasaan cemburu kalau tengok kawan masuk syurga, kita x dapat masuk... mungkin ye... lepas tu, si missAra yang masuk ni akan tarik kawan tu dengan alasan dye punca dye masuk neraka... Nauzubillah-min-zalik...

Aish... dah hilang terus dari topik ni... haha... ok sorry2... Irfan Makki... nak tau pe yang menarik pasal dye?

Jeng!
Jeng!
Jeng!

Google lah sendiri! haha...

wassalam...



Saturday, 29 October 2011

Perasaan habis exam?

Bosan giler! Serius, tak tipu. Itu lah salah satunya sebab buat acc blog ni. Kalau korang habis exam korang buat apa?

Lepak dengan budddies?
-kalau boleh memang tu lah yang saya nak buat tapi d'sebabkan saya masih menetap di bawah jagaan mama dengan papa. Mintak simpang lah, memang tak dibenarkan. Even nak keluar dengan kawan for jogging pun akan ada alasan yang keluar dari mulut mama lah especially. 'Dah kurus dah tu. Buat apa susah-susah keluar?' . Huh... sabar je lah. Kalau nak minta lepak rumah kawan. 'Kita kan ada rumah sendiri, buat apa susah-susah nak pergi rumah orang?'. Mama, mama... .Kalau minta pergi shopping dengan kawan. 'Hujung minggu nanti pergilah dengan mama'. Kalau minta izin keluar pergi makan dekat restoran dengan kawan? 'Mama boleh masakkan'. Yes mama, mama memang reti buat Kenny Rogers, all type of Pizza, Baskin Robbin (tengah perli ni). 5edih kan? What is the function of having at least a friend dalam hidup pun saya tak tau lah.

Access internet, kan banyak benda yang boleh dibuat dengan internet?
-Hoho, memang lah mula2 habis exam tu best layan internet all the time tapi istilah bosan tu akan muncul jugak akhirnya. Believe me lah. Facebook, anime, korean drama, english drama, music and now blogging. Oh, mungkin saya tak seperti korang yang boleh enjoy dengan benda2 ni. Games? Tu lagi lah tak. Seriously, saya tak suka main 'games'. Pelik ke? Tak kan?

Television?
-Kebanyakan drama or movie yang disiarkan bosan. And tak best kalau watch it sorang2. Gelak sorang2, takut sorang2, blur sorang2. Just Allah knows how I feel right now.

Conclusion: Saya ajak kengkawan saya datang rumah. So mama tak boleh nak buat apa2 sebab saya tak keluar dari rumah. But it still bosan. Suasana yang sama. So, kalau your parents kasi korang hang out dengan kawan2. Bersyukurlah. Mesti best kan? Kalau best, saya memang jealous dengan anda sekarang. Kalau tak best, give me 5! Haha...

Friday, 28 October 2011

HeLL0 bL0Gg1Ng W0Rld !

YeS! Now I have 'another' Blog... haha. OK, fine. Dulu, ada satu blog but it's just for my e-novel ,i eager to have another blog for i spill out my feelings or prob or whatever in mind. Tak salah kan? kan? (innocent face) Okay, sekarang nak 'window blogging' untuk dijadikan followers. AwaK yang sedang baca ni, ada blog tak? *angkatkening*... kalau ada, sudi-sudilah tekan Follow dekat atas tu.

Tak nak? Yelah kan, siapalah saya ni, dahlah design blog buruk.*keluarlagusedih* Lepas tu, tak tahu malu nak minta jadi followers.. hhmmm, okay. Saya faham. (sombong,bongkak..dye pikir dye punya blog tu bagus sangat ke sampai nak jadi too choosy)-dalam hati...LOL. (kidding only lah,no heart feeling) ok?

Nak? Okay2. Awak memang best! Nanti hari2 saya baca awak punya blog and comment kat situ. You can trust on me! Betul, saya akan selalu jenguk blog awak. InsyaAllah! Sekarang, pergilah tekan dekat situ.. *mukatakmalu*haha...

Awak tak ada blog? It's ok. Awak boleh jadi reader kan?Give your own opinion about my blog. You can type a comment or commentsss in my e-mail - lost_girl90@yahoo.com

Anyway, thank you so so so much sebab jejakkan jarijemari dekat blog saya ni!